Tuesday, 9 June 2015

SEJARAH KAMPUNG



Mengikut cerita dari orang yang terdahulu, Allahyarham Penghulu Mukim Dulang pernah menceritakan asal usul nama Kampung Dulang Kechil tercetus apabila penduduk kampung pada masa dahulu bergotong royong mengali sungai dan terjumpa dulang atau talam yang bersaiz kecil.
Kebetulan pada masa itu kampung ini belum lagi bernama. Maka dari kejadian penemuan dulang kecil yang berterusan,  penduduk kampung sepakat memberi nama kampung ini Kampung Dulang Kecil.
            Oleh kerana Kampung Dulang Kechil ini luas kawasannya  maka dipecahkan kepada beberapa kawasan dan Kampung Kuala Dulang Kechil adalah satu daripada pecahan Kampung Dulang Kecil

Kampung Kuala Dulang kechil adalah sebuah kampung yang sangat strategik dan berpotensi untuk maju kerana kawasan-kawasan Kampung Kuala Dulang Kechil meliputi kawasan sawah padi dan juga laut. Kampung Kuala Dulang Kechil sedang membangun dengan pesat.

4 comments:

  1. kalau lagu tu patutnya talam kecik sebab org kedah panģgil talam buman dulang

    ReplyDelete
  2. Dulang artifak sejarah tamadun melayu @ dulang bijih timah. Penghulu asal ialah ismail bkn ali di sambung tugas mohd noor bin Ismail

    ReplyDelete
  3. Asal usul kampung dulang
    Ada dua versi sejarah orang tua lama

    1. Dibuka oleh lebai Ali ayah penghulu Ismail dan rakan rakan.
    2. Dibuka oleh Tok Alim yang berlabuh di kuala Sungai Dulang, makam tok Alim masih ada di perpatang tok Alim. La dinamakan jalan cik gu md ali.

    Dulang kecil dan dulang besar dijumpai di sungai dulang yang hulunya ialah sungai terap. Mungkin dulang bijih @ dulang hanyut.

    ReplyDelete
  4. Boleh jadi juga dulang tamadun batu

    ReplyDelete