Wednesday, 10 June 2015

MEE UDANG SPESEL OMBAK LARA



Mee udang spesel di Ombak Lara mendapat sambutan hangat dari pengunjung luar. Lokasi kedai yang berhampiran pantai menambah lagi tarikan utama pengunjung datang ke kampung kuala dulang kechil. Udang-udang segar. Harga berpatutan mengikut saiz udang bermula dari RM7 hingga RM12. Jom mai kg kuala dulang kechil. Kita pekena mee udang spesel sambil menikmati permandangan di kg kuala dulang kechil.

Tuesday, 9 June 2015

PINTU GERBANG KG KUALA DULANG KECHIL






Pintu gerbang kg kuala dulang kechil telah dibina secara gotong-royong di pintu masuk ke kg kuala dulang kechil

LOGO KAMPUNG KUALA DULANG KECHIL

Bentuk:
Bujur -melambangkan bentuk ''dulang'' sempena nama kg kuala dulang kechil

Lambang:
Bunga padi -melambangkan kg kuala dulang kechil dikelilingi dgn sawah padi yang merupakan sumber ekonomi utama penduduk.

Tangan bersalam- mencerminkan perpaduan antara penduduk kampung

Bot -melambangkan perusahaan bot sportfishing yang berkembang maju di kg kuala dulang kechil ini

Terus maju- merupakan moto kg kuala dulang kechil yang ingin terus maju kehadapan

Warna:
Hijau-melambangkan warna padi yang belum masak dan kedamaian di kg kuala dulang kechil

Kuning-melambangkan warna padi yang telah masak

Merah-melambangkan semangat waja penduduk dalam melakukan apa apa pekerjaan

MISI DAN VISI

MISI
MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG PRIHATIN, SALING BERMUAFAKAT DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENJALANI KEHIDUPAN BERMASYARAKAT


VISI
MENJADIKAN KAMPUNG KUALA DULANG KECHIL, SEBUAH PERKAMPUNGAN YANG MAJU & AMAN SERTA MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKEPIMPINAN

MOTTO KAMPUNG

“KUALA DULANG KECHIL TERUS MAJU’’



MELAMBANGKAN KAMPUNG KUALA DULANG KECHIL YANG INGIN TERUS MAJU DARI SEGI PERPADUAN SESAMA PENDUDUK, EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG DAN TERUS MAJU DARI PELBAGAI ASPEK.



SEJARAH KAMPUNG



Mengikut cerita dari orang yang terdahulu, Allahyarham Penghulu Mukim Dulang pernah menceritakan asal usul nama Kampung Dulang Kechil tercetus apabila penduduk kampung pada masa dahulu bergotong royong mengali sungai dan terjumpa dulang atau talam yang bersaiz kecil.
Kebetulan pada masa itu kampung ini belum lagi bernama. Maka dari kejadian penemuan dulang kecil yang berterusan,  penduduk kampung sepakat memberi nama kampung ini Kampung Dulang Kecil.
            Oleh kerana Kampung Dulang Kechil ini luas kawasannya  maka dipecahkan kepada beberapa kawasan dan Kampung Kuala Dulang Kechil adalah satu daripada pecahan Kampung Dulang Kecil

Kampung Kuala Dulang kechil adalah sebuah kampung yang sangat strategik dan berpotensi untuk maju kerana kawasan-kawasan Kampung Kuala Dulang Kechil meliputi kawasan sawah padi dan juga laut. Kampung Kuala Dulang Kechil sedang membangun dengan pesat.